• SEJARAH SMKPC1
  • LOKASI
  • PENGURUSAN
  • HEM
  • HUBUNGI KAMI
  • LMS Bestari
Home

Islam agama mudah, praktikal

PostAuthorIcon Author: Administrator | PDF Print E-mail

SMKPC1. 14 MEI. FIRMAN Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara itu (yang tidak dinyatakan dalam al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar." (Surah al-Maidah, ayat 101)

Islam adalah agama yang mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan di semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia.

Oleh kerana Islam adalah agama yang mudah, maka tidak sewajarnya diberatkan dan disulitkan dengan sikap suka mempersoalkan atau mempertikaikan suruhan serta larangan Allah SWT.

Selain menghalang sesuatu perintah itu dilaksanakan dengan sempurna, ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara tidak sepatutnya. Allah tidak membebankan hamba-Nya melaksanakan amalan baik kecuali sekadar kemampuan.

Islam adalah agama mudah dan praktikal. Memberatkan perkara mudah sehingga melampaui batas kemampuan manusia hendaklah dijauhi. Islam tidak menyusahkan umatnya sebaliknya manusia menyusahkan diri mereka.

 

SILAT TERLAK 4 SMKPC1

PostAuthorIcon Author: Administrator | PDF Print E-mail

SILAT  TERLAK 4 SMKPC1 CEMERLANG

PASUKAN SENI SILAT TERLAK 4 SMKPC1 TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SENI SILAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN  YANG BERLANGSUNG SELAMA  TIGA HARI IAITU PADA 24 HINGGA 26 APRIL 2012 BERTEMPAT DI SM VOKASIONAL TANAH MERAH.

PADA KEJOHANAN KALI INI , SMKPC1  TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM  6 KATEGORI SILAT SENI IAITU SENI TARI PUTERA & PUTERI, SENI TEMPUR PUTERA & PUTERI, JURUS SILAT DAN JURUS WAJIB.

SENI TARI PUTERI, SENI TEMPUR PUTERI DAN JURUS SILAT TELAH BERJAYA MEMASUKI PERTANDINGAN AKHIR. SENI TEMPUR PUTERI DAN JURUS SILAT MASING-MASING MENDAPAT TEMPAT KE EMPAT DAN KE TIGA PADA PERINGKAT NEGERI KELANTAN PADA KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN.

PADA TAHUN INI SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA TANAH MERAH TELAH DINOBATKAN SEBAGAI JUARA KESELURUHAN. PERASMIAN PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH HJH ROSNAH BT WAN IBRAHIM, KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JPN KELANTAN.

 

ROAD TO SINGAPORE

PostAuthorIcon Author: Administrator | PDF Print E-mail

ROAD TO SINGAPORE

Seramai 28 orang pelajar dan  4 orang guru kelab pelancongan SMKPC1  telah membuat lawatan sambil belajar ke Melaka- Johor dan Singapura pada 28-31 Mac 2012.

Trip pada kali ini merangkumi tiga jalan utama iaitu udara, jalan raya dan rel. Perjalanan bermula dari Lapangan Terbang Kota Bharu Ke LCCT dengan Air Asia. Dari LCCT kami menaiki bas persiaran menuju ke Melaka. Banyak tempat menarik dan bersejarah telah kami lawati seperti Taman Buaya di Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kota A farmosa dan lain-lain lagi. Di Melaka kami menginap di homestay yang cukup selesa di pinggir bandaraya Melaka.

Pada ke esokanya,  kami bertolak ke negeri Johor. Antara tempat yang dikunjungi ialah Muzium Nenas di Pekan Nenas dan  sekitar Bandaraya Johor Bahru. Kami bermalam di sebuah hotel yang terletak di Bandar Larkin.

Pada hari berikutnya , kami bertolak ke Singapura dan menuju ke Pulau Sentosa.Banyak tempat menarik yang dilawati di sini dan banyak pengalaman yang diperolehi antaranya seperti universal studio, kereta kabel,  peraturan yang melibatkan kebersihan, kawasan larangan merokok, Bandar dalam taman dan lain-lain lagi.

Pada sebelah petang, kami bertolak ke Johor Baharu dan menuju ke hotel penginapan di Bandar Larkin.Pada awal pagi ke esokanya, kami bersiap sedia untuk ke Stesyen Keretapi Johor Bharu. Keretapi daripada Johor Baharu ke Tumpat dijangka tiba  pada pukul 5.35 pagi. Perjalanan dengan keretapi sungguh menyeronokkan dan memberi pengalaman yang berguna kepada kami. Akhirnya kami sampai di Stesyen keretapi Wakaf Baharu. Di sini,  bas telah menunggu untuk membawa kami ke SMKPC1.

ROMBONGAN SMKPC1

 

MAJLIS RUNDINGCARA IBU BAPA-GURU STPM

PostAuthorIcon Author: Administrator | PDF Print E-mail

Majlis rundingcara ibubapa-guru calon SPM & STPM telah berlangsung dengan jayanya pada 19.04.2012 di Dewan Besar SMKPC1 mulai jam 9.30 pagi. Sambutan daripada para ibubapa amat menggalakkan.

Perbincangan bersama ibubapa-guru mengenai program-program yang dirangcang oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2012.

Program ini dapat menyedarkan ibubapa terhadap kepentingan peranan mereka dalam menentukan kejayaan anak-anak dan masa depan mereka.

Majlis ini juga dapat menyediakan peluang untuk berkongsi idea tentang cara mendidik anak-anak calon SPM & STPM.

 

KEM KEPIMPINAN PELAJAR GEMILANG

PostAuthorIcon Author: Administrator | PDF Print E-mail

KEM KEPIMPINAN PELAJAR GEMILANG

UNIT KO KURIKULUM SMK PENGKALAN CHEPA 1 TELAH MENGADAKAN KEM KEPIMPINAN PELAJAR GEMILANG, BADAN BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM BERTEMPAT DI SRI NIPAH RESORT BACHOK IAITU PADA 4- 6 APRIL 2012. SERAMAI 122 PELAJAR YANG TERDIRI DARIPADA PENGERUSI, SETIAUSAHA, BENDAHARI DAN AJK TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KEM INI.

BANYAK AKTIVITI YANG TELAH  DIJALANKAN DAN SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT YANG BERGUNA KEPADA PELAJAR DEMI UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG GEMILANG SUATU HARI NANTI.

 

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 14

Menu Utama
  • Home
  • Ko-Kurikulum
  • Kurikulum
  • Pusat Sumber
  • PIBG
  • UNIT ICT
  • Karya Pelajar
  • Program Kecemerlangan
  • Webmail SMKPC1
PANITIA
  • Pengajian AM
  • Bahasa Melayu
Galeri
  • Galeri ICT
  • Galeri Pesko
  • Galeri PSS
  • Galeri Merentas Desa 2010
  • Galeri Umum
PENGUMUMAN
LMS Bestari
SMKPC1 mengorak langkah ke hadapan lagi
Bil. Pelawat
We have 1 guest online
feed-image


Copyright © smkpc1 All Rights Reserved, .