Home » Berita Terkini » Pelajar Sekolah Sasaran Operasi Besar-Besaran Polis Ke Atas Pengguna Motosikal
jpj

Pelajar Sekolah Sasaran Operasi Besar-Besaran Polis Ke Atas Pengguna Motosikal

SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat operasi besar-besaran kepada pengguna motosikal terutamanya di kalangan pelajar sekolah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tumpuan diberikan kepada kumpulan itu kerana berlaku peningkatan kes kematian akibat kemalangan jalan raya oleh penunggang motosikal daripada kalangan pelajar sekolah.

Statistik yang dikeluarkan PDRM menunjukkan 290 kes kematian penunggang motosikal daripada kalangan pelajar sekolah dicatatkan sepanjang tahun 2014. Namun, statistik 2015 mencatatkan 309 kes kematian yang menunjukkan peningkatan kes sebanyak 109 peratus.

“Saya ingin menyeru kepada ibubapa penjaga supaya memberi perhatian kepada perkara ini khususnya kepada anak-anak yang sengaja dibenarkan mengguna motosikal sama ada untuk ke sekolah atau bersiar-siar kerana statistik yang didapati amat membimbangkan,” katanya semasa ditemui pada sidang media di KLIA 2 hari ini.

Tambahnya, Polis akan mengambil tindakan tegas melalui operasi besar-besaran yang akan diadakan malah tidak akan lagi menerima sebarang alasan yang diberikan kepada pihaknya sekiranya tindakan diambil.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ibu bapa atau penjaga terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak yang bakal membawa kepada hukuman yang lebih berat kepada mereka.

Pada majlis sama, beliau turut merasmikan majlis penyerahan bas oleh syarikat penerbanan AirAsia kepada pihak Polis Di Raja Malaysia.

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>