Home » Panitia » Panitia Bahasa » Soalan Ujian Bulan Mac 2015
pisa

Soalan Ujian Bulan Mac 2015

BAHAGIAN A-ESEI DISIPLIN SASTERA

Jumlah jenayah komersial di Malaysia mengalami peningkatan yang ketara dan faktor utama bagi jenayah ini ialah sifat haloba manusia. Bincangkan penyataan di atas.

Isi-isi
Kehalobaan orang yang memiliki kuasa tertentu; ingin mendapatkan kekayaan secara tidak sah, kelonggaran dalam Penguatkuasaan undang-undang; orang yang melakukan jenayah komersial dapat melepaskan diri daripada tindakan
Masalah kegawatan ekonomi; menyebabkan seseorang menghadapi masalah kewangan; melakukan jenayah komersial untuk mendapatkan wang
Kekurangan penyeliaan dalam transaksi kewangan dan pindahan wang

BAHAGIAN B-ESEI DISIPLIN SAINS

Ubat-ubatan bukan sahaja dapat dibeli dari kedai ubat dan farmasi tetapi juga dapat dibeli daripada penjual ubat di kaki lima. Penjualan ubat-ubatan secara tidak terkawal itu mendatangkan implikasi yang pelbagai.
Bincangkan penyataan di atas.

Isi-isi
► wujudnya ubat palsu; pengambilan ubat palsu dapat mencetuskan penyakit ataupun mengakibatkan maut
► pengambilan ubat tanpa nasihat doktor; boleh mendatangkan kesan sampingan
► pengambilan ubat yang tidak sesuai; boleh menjejaskan kesihatan
► penyalahgunaan ubat, misalnya ubat batuk mengandungi kodena yang boleh dugunakan sebagai ubat khayalan jika dimakan berlebihan

BAHAGIAN C-KEFAHAMAN DAN ULASAN TEKS

SOALAN 3 (Disiplin Sastera)

“Tidak mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Kita perlu mengubah pemikiran dalam menilai kecemerlangan ilmu kerana konsep ini perlu dilihat dalam perspektif yang luas. Di negara Barat, peluang penyelidikan sangat luas dan budaya meneroka ilmu telah berkembang dengan pesat. Faktor ini menyebabkan orang ramai lebih suka belajar di negara-negara barat.”

i. Pada pendapat anda mengapakah orang ramai gemar belajar di negara-negara barat?
ii. Dengan mengunakan tidak lebih 50 patah perkataan, bagaimanakah cara menarik minat pelajar asing belajar di Malaysia?

SOALAN 4 (Disiplin Sains)

“Penyakit kanser atau barah merupakan penyakit kronik yang sukar diubati. Berdasarkan kajian penyakit ini boleh diwarisi secara genetik. Faktor amalan hidup memainkan peranan penting seseorang mendapat penyakit kanser walaupun kajian perubatan membuktikan punca pemakanan lebih tinggi berbanding faktor keturunan.”

i. Berdasarkan petikan di atas, apakah punca penyakit kanser?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan amalan hidup sihat untuk mengurangkan risiko penyakit kanser.

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>