Home » Berita Terkini » Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Frog VLE (Siri 1) Tahun 2015
b1

Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Frog VLE (Siri 1) Tahun 2015

30-31 Mac 2015 : PKG Tapang Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE sekolah-sekolah kelompok PKG Tapang telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 2015 bertempat di Bilik Kuliah, PKG Tapang dan Bilik Mesyuarat, SK Tapang . Seramai 44 orang peserta terdiri dari Guru Sains Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Matematik Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Zaki Yamani bin Yaaso’a – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Gaal dan En. Mohd Zaidi Che Harun telah dijemput sebagai penceramah bengkel tersebut.

Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 2 bagi sekolah menengah dan Matematik Tahun 5 bagi sekolah rendah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2015. Sekolah perlu menggunakan laman Sekolah Maya KPM dengan login PKG Banggol untuk menghasilkan laman pembelajaran. Laman yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>