Home » Program Kecemerlangan » BENGKEL PENGAJIAN AM
bengkel pa-1

BENGKEL PENGAJIAN AM

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, persidangan atau untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku dan majalah ilmiah. Penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Semester Akhir  sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan. Oleh itu, bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah-pensyarah untuk membantu pelajar dalam menyediakan satu hasil penulisan projek yang betul. Dengan adanya bengkel ini, diharapkan pelajar SMKPC1 dapat menyediakan dan mempersembahkan hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti. Di samping itu, hasil daripada ilmu yang diperolehi, akan menggalakkan para pensyarah untuk melibatkan diri dalam bidang penyelidikan dan penulisan. Pengisian sepanjang bengkel ini adalah ceramah, bengkel dan pembentangan daripada peserta. Diharapkan segala ilmu yang diperolahi oleh peserta dapat diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>