Home » Ko Kurikulum » KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2015
merentas desa 2015-1

KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2015

Kejohanan Merentas Desa SMK Pengkalan Chepa 1 merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

Kejohanan Merentas Desa ini juga bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat negeri yang akan datang. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan.

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>