Home » Program Kecemerlangan » Kem Minggu Ukhuwah Pra Universiti
ukhuwah-1

Kem Minggu Ukhuwah Pra Universiti

PENDAHULUAN

Adalah menjadi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil dan diploma. Lantaran itu, para pelajar lepasan SPM diberi peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA /IPTS dalam dan luar negara. Bagi pemegang SPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPT maka mereka diberi peluang untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Proses pembelajaran di Tingkatan Enam akan mengambil masa selama 2 tahun. Pada tahun kedua para pelajar akan menduduki peperiksaan STPM dan sekiranya mereka memperoleh keputusan yang cemerlang akan melayakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dalam hal ini, SMK Pengkalan Chepa 1 saban tahun menerima kemasukan pelajar Tingkatan Enam dari beberapa sekolah di daerah ini. Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang kemanusiaan sahaja. Maka, pihak sekolah dengan kerjasama jawatankuasa Tingkatan Enam telah menyediakan beberapa pakej kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di sekolah ini.

OBJEKTIF

Memberi pendedahan mengenai budaya sekolah
Membina keyakinan dan semangat pelajar untuk terus belajar.
Pengenalan subjek STPM dan pakej yang ditawarkan
Membina sikap positif para pelajar kea rah transformasi pendidikan Tingkatan Enam

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>