Home » Berita Terkini » Pembinaan sekolah baharu tingkatkan prestasi pendidikan negara
image

Pembinaan sekolah baharu tingkatkan prestasi pendidikan negara

KUALA KRAI 22 Mei – Pembinaan 80 buah sekolah baharu yang diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) akan meningkatkan lagi prestasi pendidikan negara.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, perkembangan tersebut turut membuktikan kerajaan terus serius dalam membangunkan sektor pendidikan negara selaras dengan hasrat mencapai negara maju menjelang 2020.
Beliau berkata, pihaknya menyokong langkah kerajaan untuk menambah pembinaan sekolah-sekolah teknik dan vokasional sekali gus melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi pada masa akan datang.

“Ketika negara mahu mencapai sasaran negara maju menjelang 2020, sememangnya kemudahan sekolah ini diperlukan bagi menampung pelajar yang semakin ramai.

“Meskipun kita ada sukatan pelajaran yang hebat, namun perkara itu perlu didahului de­ngan kemudahan dan prasarana (sekolah) yang mencukupi agar pelajar dapat belajar dalam keadaan lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan banjir NUTP Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 2 di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng dan Pengerusi NUTP negeri, Johari Ahmed. Pada majlis tersebut, seramai 500 guru di daerah ini menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang bagi meringankan beban mereka selepas terlibat dengan ‘bah kuning’ Disember tahun lalu. Dalam perkembangan lain, NUTP turut mencadangkan supaya kerajaan melakukan penambahbaikan terhadap elaun guru penolong kanan sekolah.

Kata Hashim, kenaikan elaun guru penolong kanan sekolah itu penting agar selari dengan penambahbaikan elaun pengetua dan guru besar yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Menurutnya, penambahbaikan itu antara lain dengan menaikkan elaun penolong kanan sekolah daripada RM60 sebelum ini kepada RM120.

“Guru penolong kanan juga memainkan peranan besar dalam membantu perkembangan sesebuah sekolah. Saya harap kerajaan pertimbangkan cadangan ini,” katanya.

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>