Home » Pusat Sumber Sekolah » Pertandingan Idola NILAM Peringkat Daerah Kota Bharu 2015
nilam-960x410

Pertandingan Idola NILAM Peringkat Daerah Kota Bharu 2015

24 – 25 Feb. 2015 : SMK Kadok Pertandingan Idola NILAM Sekolah kelompok PKG Daerah Kota Bharu Tahun 2015 telah diadakan pada 24-25 Februari 2015 di SMK Kadok, Ketereh, Kota Bharu. Program ini disertai oleh sekolah-sekolah kelompok dari PKG Tapang, PKG Kota, PKG Banggol dan PKG Ketereh. Program ini diadakan bertujuan untuk mencari calon bagi mewakili PPD / PKG ke peringkat Negeri mengikut kategori penganugerahan yang ditetapkan di peringkat kebangsaan.

RASIONAL

Pemilihan idola NILAM peringkat Daerah Kota Bharu merupakan persediaan awal calon-calon yang mewakili Daerah Kota Bharu. Bagi menyediakan wakil-wakil daerah bagi setiap kategori maka penilaian calon hendaklah mengikut format yang diberikan pada peringkat kebangsaan. Tujuan pemilihan Idola NILAM Daerah ialah untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang telah berjaya menyertai program NILAM sepenuhnya mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Untuk mengukuhkan lagi tabiat membaca ke arah melahirkan pembaca bestari (AVID Reader) melalui pendedahan pelbagai aktiviti pengayaan membaca.

OBJEKTIF PROGRAM :

  • Taklimat Dasar dan Harapan BTP dalam program MBMMBI Kepada Ketua Panitia.
  • Tunjuk cara penggunaan aspek teknikal kepada ketua panitia.
  • Bahan di eksplorasi secara individu / kumpulan oleh Ketua panitia guru BM dan guru BI.
  • Pembentangan kaedah penggunaan mengikut kehendak kurikulum atau sebagai bahan sokongan oleh ketua panitia guru BM dan guru BI .
  • Rumusan dan Pengisian Borang soal selidik(hardcopy) Pasca Taklimat oleh Ketua panitia guru BM dan guru BI.

AKTIVITI

Pertandingan Idola NILAM dibahagikan kepada dua hari. Hari pertama untuk kategori sekolah menengah dan hari kedua kategori sekolah rendah.

24 Feb 2013 (Sekolah Menengah)

Bermula dengan pendaftaran peserta. Para peserta dikumpulkan di dewan besar untuk sesi taklimat tentang kretiria yang dipertandingkan. Taklimat ini disampaikan oleh En Dazuki bin Mat Daud Dan En. Mohd Faizal Md. Noor. Para peserta akan melalui tiga peringkat ujian.

Ujian 1 – Penulisan (80 patah pertakataan)
Ujian 2 – Individu (Temuduga Ilmiah berdasarkan teks / buku)
Ujian 3 – Berkumpulan
Ujian 4 – Eviden (Rekod Bacaan NILAM)

25 Feb 2015 (Sekolah Rendah)

Pendaftaran peserta dan taklimat.

Ujian 1 – Penulisan (150 patah pertakataan)
Ujian 2 – Individu (Temuduga Ilmiah berdasarkan teks / buku)
Ujian 3 – Berkumpulan
Ujian 4 – Eviden (Rekod Bacaan NILAM)

Majlis berakhir dengan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh Mantan Ketua Penolong Pengarah, Pn. Hajjah Masdiyah Jemain.

RUMUSAN / ISU

  • SEKOLAH MENENGAH
    Peserta daripada sekolah menengah adalah lebih bersedia berbanding dengan peserta daripada sekolah rendah.
    Keterlibatan peserta adalah amat menggalakkan.
  • SEKOLAH RENDAH
    Sesetengah peserta adalah dalam keadaan kurang bersedia terutama bagi kategori Bahasa Inggeris.
    Peserta masih berasa gugup apabila berhadapan dengan hakim dalam aktiviti tertentu seperti aktiviti individu iaitu pengesanan pengetahuan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Latihan yang cukup kepada para pelajar sebelum mengikuti pertandingan adalah diharapkan demi menyediakan pelajar yang lebih bersedia.
Murid perlu didedahkan dengan situasi sebenar pertandingan untuk mereka memahami keadaan semasa pertandingan, aktiviti seumpama boleh dilakukan di peringkat sekolah.

PENUTUP

Secara keseluruhan, Pertandingan Idola NILAM yang dilaksanakan telah berjaya sebagaiman perancangan. Kerjasama antara pegawai dan staf PKG Daerah Kota Bharu adalah amat membanggakan. Sokongan yang diberikan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu juga amat dihargai. Kehadiran peserta dan kerjasama yang diberikan semasa pertandingan dijalankan adalah adalah suatu perkara yang patut dipuji. Setiap aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Pelajar yang mewakili dibantu guru pengiring memberi kesungguhan terhadap aktiviti yang dipertandingkan. Justeru, pihak PKG Daerah Kota Bharu amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama khusus pihak PPD Kota Bharu, BTPN Kelantan, Pengetua SMK Kadok yang sudi menerima sebagai tuan rumah pertandingan, para hakim dan juga para pelajar yang terlibat dalam pelaksaan program ini. Harapan agar segala pelaksanaan aktiviti menjadi permulaan untuk kejayaan dan peningkatan ke tahap yang lebih tinggi. Segala kelemahan yang dikesan akan diatasi pada aktiviti yang lain agar peningkatan dan penambahbaikan menjamin kelancaran aktiviti seterusnya.

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>