Home » Berita Terkini » Pertandingan Urus Jenazah Dan Orang Sakit 2015
photo_2015-05-26_16-11-04

Pertandingan Urus Jenazah Dan Orang Sakit 2015

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Pertandingan Urus Jenazah Dan Orang Sakit 2015 ini merupakan program yang dirancang oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) SMKPC1  dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, SMKPC1  bagi memenuhi aktiviti – aktiviti sekolah yang julung kali diadakan. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka. Ini merupakan program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan bagi memenuhi aktiviti –aktiviti semasa.

OBJEKTIF
Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah
Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

2 comments

  1. Program yang menyentuh bintang dan perlu diteruskan. Syabas kepada semua yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>