Home » Berita Terkini » Program Lonjakan Profesionalisme Guru Perpustakaan Dan Media Daerah Kota Bharu 2015
gpm

Program Lonjakan Profesionalisme Guru Perpustakaan Dan Media Daerah Kota Bharu 2015

PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Program Lonjakan Profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media sekolah daerah Kota Bharu dari 5 hingga 7 April 2015 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Maran. Seramai 88 orang GPM dari PKG Banggol, Tapang, Kota dan Ketereh telah mengikuti program tersebut. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Guru Perpustakaan dan Media khususnya dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Program ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Alias bin Taib – Ketua Penolong Pengarah, BTPN Terengganu pada Majlis Bersama KPP yang diadakan pada sebelah petang di hari pertama. Sebelah malam pula, ceramah mengenai iQ-PSS serta Nilam yang disampaikan oleh En. Zakaria bin Hassan – Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan.

Pada hari kedua, diadakan program Lawatan Penanda Aras ke sekolah yang memenangi Anugerah PSS Cemerlang peringkat kebangsaan iaitu SK Felda Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah; ketiga kebangsaan. Projek Inovasi TV Citra di PSS SK Jerangau Barat serta TV Al-Huda telah mengangkat kedua-dua sekolah ini bagi memenangi pertandingan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan tahun 2014. GPM seterusnya mengadakan lawatan ke PSS sebagai lawatan penanda arasan serta diadakan sesi perkongsian ilmu tentang pengurusan pss yang disampaikan oleh GPM sekolah berkenaan.

Pada sebelah malam, diadakan bengkel VLE untuk PSS yang disampaikan oleh En. Kamal Azrul bin Muhammad – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tapang. GPM didedahkan tentang penggunaan VLE di sekolah yang perlu dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak terutama Guru ICT, Panitia kurikulum dan ko-kurikulum serta PIBG. GPM yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah berbengkel untuk menghasilkan laman Frog VLE berdasarkan tugasan yang diberikan semasa lawatan ke PSS SK Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah.

Pada hari terakhir, diadakan sesi perbentangan oleh beberapa kumpulan yang dipilih oleh jawatankuasa penilai. Sebelum berakhir, majlis penutupan dirasmikan oleh En. Zulkifli bin Zakaria – Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan ICT BTPN Kelantan. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti program ini dan menyeru agar semua GPM dapat meningkatkan komitmen masing-masing dalam pengurusan PSS sekolah supaya lebih berfungsi dan cemerlang di masa akan datang.

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>