Home » UNIT ICT » PROGRAM PISA 2015: Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih
pisa

PROGRAM PISA 2015: Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti mana yang sama-sama sedia maklum pelaksanaan ujian PISA 2015 telah selesai bermula dari 20 April hingga 8 Mei 2015 di 216 buah sekolah di bawah KPM dan 14 buah sekolah persendirian.

3. Sepanjang ujian PISA 2015 ini, saya telah mengenal pasti inisiatif dan tindakan yang telah diambil oleh tuan/puan yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:

1. Netbook 1Malaysia yang rosak /bermasalah telah diambil tindakan segera oleh BTPN/PKG dengan menukar dengan netbook yang baharu berkapasiti RAM 2GB dan telah bersedia dengan peralatan ICT lain yang sesuai.

2. PKG ada menghubungi sekolah-sekolah PISA di daerah masing-masing untuk mengenal pasti sebarang kerosakan/ masalah netbook.

3. BTPN telah menyediakan jadual tugasan pegawai PKG atau juru teknik komputer sepanjang berlangsungnya ujian PISA dan bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan kerosakan / masalah netbook atau peralatan ICT lain yang sedang digunakan.

4. BTPN telah membuat pemantauan (spot check) dan bekerjasama dengan penyelaras PISA negeri supaya ujian PISA yang dilaksanakan berjalan lancar dan tiada masalah.

5. BTPN dan PKG ada menyediakan panduan dan membantu mengubah resolasi netbook bagi membolehkan paparan program PISA dapat digunakan.

4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Sektor TMKP, BTP yang berurusan secara langsung dengan tuan/puan dalam perkara ini ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh KPP BTPN, pegawa-pegawai BTPN, pegawai-pegawai PKG dan semua juru teknik yang terlibat sepanjang ujian PISA 2015 dilaksanakan. Kerjasama yang diberikan sangat-sangat dihargai dan semoga boleh diteruskan dengan lebih baik lagi pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

AZMAN BIN YAAKOB
PENOLONG PENGARAH|SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PENDIDIKAN|
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN|KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA |
03 2081 7604 | 019 2805667 | azman_y@moe.gov.my

About admin

Profile photo of Pengurus Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>