Home » Pendidikan » Sekolah Milik Komuniti bakal lonjak pendidikan negara
imageweee

Sekolah Milik Komuniti bakal lonjak pendidikan negara

PASIR MAS 26 Mei – Perlaksanaan Program Sekolah Milik Komuniti (SMK)bakal menjadi platfrom memacu kecemerlangan akademik melibatkan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar pada masa hadapan.

Setiausaha Politik Menteri Pendidikan II, Datuk Abdul Halim Jusoh berkata, program itu melibatkan jalinan kerjasama antara pihak korperat dengan universiti awam (UA) dalam membantu melonjakan kecemerlangan di sekolah tersebut.

Menurutnya, sebanyak 500 buah sekolah di kawasan luar bandar telah dikenal pasti untuk mengikuti program itu.

“Kita mahu menggabungkan kepakaran yang ada dalam kalangan UA, usahawan dan badan-badan korporat berhampiran kawasan tersebut untuk berpadu tenaga menjadikan sekolah-sekolah ini cemerlang.

“Ini merupakan kali pertama kita melaksankan program yang merupakan ilham dari Datuk Seri Idris Jusoh dalam melonjakan lagi kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Sinar Wawasan PPD Pasir Mas 2015 di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan pendidikan negeri, Abdul Aziz Abdullah dan Pegawai PPD Pasir Mas, Ahmad Nordin Che Ismail.

Abdul Halim memberitahu, SMK menjadi pelengkap kepada program Sekolah Amanah dan Tranformasi dalam melonjakan lagi taraf pendidikan di negara ini.

“Untuk melengkapkan mana-mana sekolah yang tidak termasuk dalam kedua-dua program itu maka kita melaksanakan SMK.

“Harapan kita ialah agar bantuan yang dihulurkan oleh korporat atau UA ini mampu membantu menjadikan sekolah ini lebih cemerlang,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai permulaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas akan menjadi perintis kepada perlaksanaan program ini.

About PKG Tapang

Profile photo of PKG Tapang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>