Home » Pendidikan » Tiada cadangan hentikan Program j-QAF
Barisan Pra-U

Tiada cadangan hentikan Program j-QAF

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan sistem pembelajaran j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) di sekolah-sekolah aliran kebangsaan yang dilaksanakan sejak 2005.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, ini kerana program j-QAF berjaya memperkasakan Pendidikan Islam dan penghayatannya dalam kalangan murid-murid Islam di sekolah rendah.

“Pada masa ini, Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan membuat semakan semula keperluan guru j-QAF setelah norma guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF diluluskan penggabungannya oleh agensi Pusat.

“Urusan pengambilan guru akan akan dibuat setelah semakan tersebut selesai,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Kubang Kerian) pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Baihaki sama ada kementerian akan menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Kamalanathan berkata pihaknya akan melihat keadaan semasa sama ada ia keperluan untuk ia dilaksanakan.

“Aspek wajib lulus itu kita akan lihat keadaan semasa dan akan adakan perbincangan dengan ‘stakeholder’ untuk buat keputusan dan juga melihat keberkesanannya untuk kita laksanakan j-QAF di peringkat sekolah menengah pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

About PKG Tapang

Profile photo of PKG Tapang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>