Home » Sejarah SMKPC1

Sejarah SMKPC1

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

SMK PENGKALAN CHEPA (SMKPC) DITUBUHKAN PADA TAHUN 1965 ATAS HASRAT UNTUK MEMENUHI PELAKSANAAN SISTEM PELAJARAN ANEKA PILIHAN YANG DIPERKENALKAN PADA TAHUN 1964. SMKPC MULA BEROPERASI DENGAN MENUMPANG DISEKOLAH ANAK ASKAR (KINI DIKENALI SEBAGAI SK KEM ) PADA TAHUN 1965

PADA TAHUN 1966, SMKPC BERPINDAH KETEMPAT SEKARANG IAITU 2KM DARI TEMPAT ASAL.IA BERKONGSI DENGAN SKPC DAN DIKENALI DENGAN SMKPC DENGAN PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 3. PADA TAHUN 1971, SEKOLAH INI MULA MENGAMBIL PELAJAR TINGKATAN 4 ALIRAN SASTERA DAN SMKPC DIKENALI DENGAN NAMA SMPC .PADA TAHUN 1980, PELAJAR ALIRAN SAINS DISERAPKAN DISEKOLAH INI. PADA TAHUN 1991, SMKPC TELAH MEMBUKA SATU ALIRAN YANG DIKENALI SEBAGAI KELAS ALIRAN AGAMA(KAA)KAA IALAH KELAS YANG DIAJAR MATA PELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI SEBAGAI SATU MATAPELAJARAN TAMBAHAN.

SETERUSNYA, SMKPC TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN (JPN) BAGI MENGENDALIKAN SATU LAGI MATA PELAJARAN TAMBAHAN IAITU KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ) PADA TAHUN 2001. PELAJARAN INI KHUSUS BAGI PELAJAR-PELAJAR KAA YANG BERKELAYAKAN SAHAJA.

PADA TAHUN YANG SAMA JUGA, SMKPC MULA DIKENALI SEBAGAI SMKPC 1 APABILA WUJUD SMKPC 2 DAN SEBAHAGIAN KECIL GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR SMKPC 1 BERPINDAH KE SANA.

PADA TAHUN 2003, SEKOLAH INI SEKALI LAGI DIBERI TANGGUNGJAWAB OLEH JPN UNTUK MENGENDALIKAN KELAS TINGKATAN 6. TANGGUNGJAWAB INI TIDAK DISIA-SIAKAN APABILA 36 ORANG PELAJAR DARIPADA 126 ORANG KUMPULAN PELOPOR PRA-U BERJAYA MENJEJAKKAN KAKI KE MENARA GADING.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>