Home » Kata alu-aluan Penolong Kanan Pentadbiran

Kata alu-aluan Penolong Kanan Pentadbiran

Bismillahi Rahmanirahim

pkpAssalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat saya sampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini. Saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada “Web master” sekolah kerana menjadi pelopor kepada kewujudan laman web sekolah. Tahniah atas inovasi ini kerana berlaku penambahbaikan yang jelas dalam usaha untuk memartabatkan nama sekolah, dari blog sekolah kini berjaya melahirkan laman web.

Sesungguhnya kewujudan laman web ini adalah satu “turning Point” dalam sejarah SMKPC 1. Kelahiran laman web sekolah adalah selaras dengan kematangan usia SMKPC1 ke 45 tahun, usia penuh kematangan. Era ledakan teknologi maklumat kini memerlukan warga pendidik menggilap kemahiran ICT. Guru yang mahir ICT akan menjadi pemacu untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan kerana laman web boleh menjadi wahana untuk para guru berinteraksi dengan dunia global dan seterusnya meletakkan nama SMKPC1 seiring dengan sekolah-sekolah elit.

Selain itu, kewujudan laman web sekolah juga adalah bukti komitmen warga sekolah ke arah pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Saya berharap para guru dan pelajar akan memanfaatkan kewujudan laman web ini untuk membantu meningkatkan kejayaan sekolah agar kita tidak ketinggalan dalam arus perdana.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih atas usaha gigih “webmaster” dan jawatankuasa yang membantu merealisasikan laman web sekolah ini dan semoga harapan untuk memartabatkan nama SMKPC 1 di persada dunia, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain akan menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TN.HAJI LOKMAN ZAKEY
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>